ASSALAMUALAIKUM.....................disini Ana ingin berkongsi dengan kehidupan ana tentang pentingnya sahabat.......
Setiap manusia diciptakan untk menjadi khalifah di bumi oleh ALLAH.SWT. Dan diri ana dan kita semua adalah sama tiada beza namun kita tidak dapat menjangkakan apa yang akan berlaku pada diri kita pada hari ini esok dan akan datang hanya Allah yang maha Mengetahui apa yang akan berlaku pada diri kita pada hari ini,esok dan hari yang akan datang.ALLAH.SWT telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Namun kita sebagai manusia tidak dapat lari dugaan dan cabaran oleh ALLAH.SWT.Segala cabaran dan dugaan yang kita hadapi adalah untuk menguji iman KITA kepada NYA. Semakin banyak keimanan kita kepada ALLAH.SWT. semakin banyak dugaan dan ujian yang diberikan oleh ALLAH.SWT kepada hamba-hambanya yang perlu kita tempuhi....
Ana seperti kalian bermula dengan rutin seharian dengan pelbagai tanggungjawab yang pelu dipikul iaitu sebagai seorang pelajar, sebagai seorang anak kepada kedua ibu bapa ana, sebagai hamba Allah.swt. Ana seperti biasa senantiasa meneruskan kehidupan harian untuk mencari redha Allah dan memberikan harapan yang indah dan kejayaan kepada keluarga yang ana cintai. Namun dalam sibuk ana mengejar cita-cita ana terlupa dengan ikatan persahabatan ana kerana mungkin ana alpa dan diri ana yang tidak sempurna kerana ana hanya bertaraf hamba disisi Allah segala kekurangan dan kelemahan diri ana.
Namun dengan kelemahan diri ana tidak sedari telah menyebabkan penyesalan yang ana amat kesali. Tanpa ana sedari ana telah melukakan hati sahabat ana sendiri iaitu seorang sahabat yang dianugerahkan oleh Allah kepada ana yang ana tidak hargai dan mensyukuri nikmat dan anugerah yang telah di kurniakan oleh Allah. Ana tidak setaraf seperti para sahabat nabi yang sangup berkorban harta,masa,tenaga mahupun nyawa kepada Rasullulah SAW.para sahabat nabi begitu setia kepada Rasullulah malahan sanggup untuk memberikan segalanya kepada Rasullulah SAW.Antara sahabat nabi yang begitu setia kepada Rasulullah SAW adalah Saidina Abu Bakar As Siddiq.
Saidina Abu Bakar As Siddiq merupakan seorang sahabat yang begitu disayangi oleh Rasullulah SAW hinggakan pada suatu hari Saidina Abu Bakar As Siddiq sanggup memberikan segala hartanya untuk di sedekahkan kepada Rasulullah.SWT untuk ke jalan Allah SWT namun Rasulullah SAW amat terkejut dengan tindakan sahabat baginda iaitu Saidina Abu Bakar As Siddiq dan Rasulullah SAW bertanyakan kepada Saidina Abu Bakar As Siddiq "apakah yang kamu tinggalkan kepada isterimu serta anakmu" namun jawab Saidina Abu Bakar As Siddiq "aku telah tinggalkan kepada anak-anak ku dan isteriku NABI mereka Muhammad SAW dan TUHAN mereka iaitu Allah SWT".ALLAHUAKHBAR........begitu setianya sahabat nabi kepada RASULLULAH.SWT dan ALLAH.SWT untuk menegakkan dakwah islam.
ANA merenung kembali setelah apa yang telah ana lakukan kepada sahabat ana?
Adakah sahabat yang telah ana lukakan akan menerima diri ana kembali?
Adakah ALLAH.SWT akan menarik kembali nikmat seorang sahabat yang telah di anugerahkan kepada diri ana?
Adakah kerana tidak mensyukuri nikmat dan anugerah seorang sahabat yang telah diberikan kepada ana tidak akan dapat lagi nikmat mempunyai sahabat sejati selamanya?
Ana menyesal dengan diri ana yang telah membuatkan seorang sahabat yang dulu banyak memberikan banyak pelajaran, peringatan, teguran, namun sekarang sahabat ana menjauhi diri ana kerana tidak mensyukuri nikmat yang telah diberikan kepada diri ana. Ana harap sahabat - sahabat sekalian mensyukuri nikmat yang di anugerahkan kepada kita oleh yang maha kuasa iaitu ALLAH,SWT. Marilah kita sama-sama muhasabah diri kita dan kita tukar sifat-sifat mazmumah yang ada dalam diri kita sayangilah SAHABAT kita sebagaimana SAYANGNYA PARA SAHABAT KEPADA NABI MUHAMMAD SAW SERTA SAYANGNYA NABI KEPADA PARA SAHABAT DAN UMATNYA........
sahabat yang ingin mengajak kita kearah keburukan memang banyak namun sahabat yang mengajak kita ke jalan ALLAH.SWT dan mempunyai akhlak yang baik sukar untuk kita temui. Jadi setelah apa yang berlaku kepada diri ana adalah sebagai pengajaran kepada diri ana sendiri semoga ana dan sahabat2 sekalian dapat bersama-sama dengan ana untuk kita belajar hargai anugerah ALLAH.SWT yang tidak ternilai iaitu insan yang benama SAHABAT.