peringatan pada diri kita bersama

Apa itu Islam?

Kita hanya mengakui, bahawa satu-satunya peraturan yang dianugerahkan oleh Allah Subhanahu Wata’ala kepada ummat manusia masa kini ialah “ISLAM” Islam telah ditetapkan sebagai penutup dari Kerasulan dan Kenabian serta agama, dan sudah ditentukan sebagai peraturan yang sesuai untuk masyarakat manusia seluruh zaman!.  
إِنَّ الدِّينَ عِندَ الّلهِ الإِسْ َ لامُ

“Sesungguhnya agama yang benar di si.si Allah hanyalah Islam.”
(Surah Ali ‘Imran: ayat 19)

وَمَن يَبْتَغِ َ غيْرَ الإِسْ َ لامِ دِينًا َفَلن يُقْبَ َ ل مِنْهُ وَهُوَ فِي الآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ

“Barangsiapa yang mengharapkan agama selain Islam, maka tidak akan diterima
daripadanya; dan kelak di akhirat, ia akan termasuk orang-orang yang rugi.”
(Surah Ali ‘Imran: ayat 85)


 Kemampuan kita terbatas

Manusia dapat mengetahui apa-apa yang ada di alam raya ini dengan melalui pancaindera yang ada padanya. Ia melihat dengan matanya, mencium dengan hidungnya, mendengar dengan telinganya.... dan demikianlah seterusnya! 

Namun suatu kenyataan menunjukkan, bahawa pancaindera itu terbatas dan lemah. Banyak sekali benda-benda yang tidak dapat dilihat oleh mata. Dan untuk melihatnya, mata terpaksa menggunakan mikroskop.

Demikian juga, banyak suara yang tidak dapat didengar oleh telinga, dengan peralatannya yang begitu halus. Dan demikian juga keadaannya susunan tubuh kita yang lain lain. Banyak kekuatan dan perasannya yang kurang. Kalau sekiranya yang kurang itu dapat disempurnakan, tentulah kemampuan kita akan terbuka luas.

Misalnya alat pengesan logam yang kita memiliki daya pengesan tentang adanya logam di dalam tompokan tanah, tentulah kita akan dapat mengesan ada atau tidaknya logam itu, tanpa mengadakan penyelidikan yang teliti; seperti daya tarik yang  ada pada magnet, kalau sekiranya ada pada kulit tangan kita, tentulah tangan kita akan dapat mengesan bijih besi yang ada di dalam tanah itu.

Dengan memperhatikan kenyataan-kenyataan itu, jelaslah bahawa di alam ini banyak benda-benda yang tidak dapat Indra manusia itu dicapai melalui pancaindera, terbatas dan lemah, tidak dapat mencapai segala sesuatu yang ada di alam ini. Inilah yang dimaksudkan dalam Ayat:

وَمَا ُأوتِيتُم مِّن الْعِلْمِ إِلاَّ َقلِي ً لا

“Dan tidaklah kamu diberi ilmu pengetahuan, kecuali hanya sedikit.”
(Surah Al-Isra’: ayat 85)

خُلِقَ الإِنسَانُ ضَعِيفًا
“Manusia itu diciptakan dalam keadaan bersifat bersifat lemah.”
(Surah An-Nisa’: ayat 28)

Nilai dunia ini dibandingkan dengan Akhirat

Keni’matan dunia ini akan tidak mempunyai nilai, jika dibanclingkan dengan keni’matan yang ada di Akhirat. Keni’matan hidup di Akhirat itulah yang merupakan keni’matan yang sebenar-benarnya.

وَمَا هَذِهِ الْحَيَاُة الدُّنْيَا إِلَّا َلهْوٌ وََلعِبٌ وَإِنَّ الدَّارَ الْآخِرََة َلهِيَ الْحَيَوَا ُ ن َلوْ َ كانُوا يَعْلَمُو َ ن

“Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan hanya senda gurau dan main-main belaka.
Dan sesungguhnya kampung akhirat itulah kehidupan yang sebenar-benarnya, kalau
sekiranya mereka mengetahuinya.”
(Surah Al-’Ankabut: Ayat 64)

Keterangan itu dikuatkan lagi dengan Hadith Rasulullah Sallallahu ‘alaihi
Wasallam:

“Di Hari Kiamat kelak akan didatangkan orang yang paling senang hidupnya di dunia ini, tetapi di akhirat ia menjadi penghuni neraka. Ia dimasukkan sebentar ke dalam neraka, lalu dikeluarkan kembali, dan ditanyakan kepadanya: “Wahai anak Adam, sudah pernahkah engkau melihat kebaikan selama ini? Sudah pernahkah engkau merasakan keni’matan?

“Orang itu akan menjawab: “Tidak, ya Tuhan-ku! Sungguh, demi Allah, aku belum pernah merasakan keni’matan apapun.” “Kemudian didatangkan pula orang yang paling miskin di dunia ini, yang kelak di akhirat ia menjadi penghuni syurga. la dimasukkan sebentar ke syurga, lalu dikeluarkan kembali, kemudian ditanyakan kepadanya: “Wahai anak Adam, pernahkah engkau merasakan kemiskinan selama ini? Pernahkah engkau menderita? “Orang itu menjawab: “Tidak, ya Tuhanku, aku tidak merasakan kemiskinan. Aku tidak pernah menderita.”

(Hadith Riwayat Muslim)

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.

        Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.Mesti kita selalu dengar perkataan ni kan?.
Namun saya teringat akan kata orang yang agak baru saya kenali akan tetapi saya dapat rasakan seperti saya telah lama saya kenali dirinya dan semalam dia telah mengatakan "Bertemu kita kerana Allah dan berpisah kita kerana Allah".   
         Orang yang mengatakan kata-kata tersebut kepada saya adalah orang yang telah banyak membantu saya dalam mengenalkan saya dengan jalan dakwah yang begitu indah,penuh ketenangan,kedamaian. Namun begitu pertemuan kami tidak kekal lama hanya dalam masa yang singkat.Akan tetapi dalam masa yang singkat pertemuan diantara kami penuh bermakna. 
     Walaupun perpisahan merupakan satu yang menyedihkan kerana dengan pertemuan kita dengan seseorang dapat mengubah diri kita,dapat mengajar kita tentang erti persahabatan, ikatan ukhwah,kasih sayang,dan menuju ke jalan kebenaran.Namun kita hanya hamba yang hanya redha dengan ketentuanNya.Jadi hargailah,jagalah persahabatan,perhubungan dan pertemuan kita dengan Allah,ibu bapa kita,rakan-rakan,guru kita kerana setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
        Jadi sebelum kita berpisah sama-samalah kita berdoa agar kita dapat menjaga hubungan dengan Allah agar Allah memberikan kita rasa nikmat pertemuan dengan orang yang kita sayangi dengan lebih lama lagi...INSYAALAH....









Perpisahan Ini – 1st Edition ft Aizat Amdan


Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara
Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini
Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri
Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara
Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

RENUNGAN IMAN




TEGURAN TANDA SAYANG

teguran hakikatnya membina diri kita. kasar atau lembut sesuatu teguran itu, kita perlu ambil secara positif dan baik. jangan kita utamakan keegoan dan nafsu kita semata-mata. biasanya kita menyangka bahawa apabila kita mendengar atau menerima teguran daripada seseorang, maka kita akan merasakan diri kita lemah. sebernarnya melapangkan dada mendengar teguran adalah petunjuk kepada ketinggian harga diri seseorang.

Rasulullah pernah bersabda paa suatu hari, ridaknya ditarik dengan kasar oleh seorang Arab sehingga merah lehernya. Orang Arab itu meminta hutang sedangkan tarikh kutipan hutang belum tiba. Sayidina Umar al-Khattab yang ketika itu berada disisi Rasulullah, lantas menghunuskan pedang dan memarahi lelaki itu yang berkasar terhadap Rasulullah. 

Rasulullah bersabda: "Wahai Umar sepatutnya engkau menegur dia supaya aku membayar hutangnya dengan cara yang baik" tidak cukup dengan itu Rsulullah menambah bayaran hutangnya kepada lelaki Arab tersebut. Sabda Baginda "ini untuk kekasaran Umar tadi" Lihat, bagaimana Rasulullah menerima teguran walaupun dia bukan berada dipihak yang silap.

Kemudian ketika zaman Saiyidina Umar menjadi khalifah, terdapat seorang peminum arak yang menegur kesilapannya, lalu dia menerima teguran itu. Orang yang melihat Sayidina Umar bersikap sedemikian berasa pelik lalu bertanya. "wahai Amirul Mukminin, kenapa kamu terima teguranya sedangkan dia seorang peminum arak?' Sayidina Umar berkata, "Ya dia berdosa kerana meminum arak, tetapi teguranya terhadap aku adalah benar". Ketika Sayidina Umar diangkat menjadi khalifah dia telah meminta rakyatnya untuk menegurnya dan meluruskannya jika dia tersilap. Ketika itu juga, salah seorang rakyatnya menghunuskan pedang dan dan mengacung senjata itu kelangit sambil berkata "wahai Umar aku akn luruskan engkau dengan ini " Sayidina Umar tidak memarahinya malah berterima kasih kepadanya.

Lihat manusia agung seperti Rasulullah sanggup mendengar teguran walaupun kasar, dan tidak benar. Lelaki gagah dan perkasa seperti Sayidina Umar juga menerima pelbagai teguran walaupun dari peminum arak. 
Kita ini siapa yang hendak memarahi teguran kan?  

Seorang ulama berkata, " Dan dengarlah teguran walaupun datangnya daripada musuh kamu sendiri"

Melapangkan dada mendengar teguran merupakan perkara yang mahal untuk seseorang manusia. Teguran juga hakikatnya menandakan pemberi teguran itu sayang kepada kita. Apabila hati kita lapang menerima teguran maka hati kita kan menjadi senang.

Manusia yang boleh mendengar teguran biasanya manusia yang disenangi oleh masyarakat. Manusia yang mendengar teguran ini biasanya manusia yang berilmu dan sabar. Apabila teguran tiba ia diibaratkan seperti pertukaran pendapat dan ubat kepada hati kita. ia juga akan membuatkan pemikiran kita terbuka luas. Malah teguran ini membuatkan kita mempunyai keluarga yang luas yang sayang kepada kita dan mengambil berat kepada kita...

jadi sama sama kita buang ego dalam diri kita bersama dengan menerima teguran maka kita akan bahagia setiap masa...INSYAALLAH...


Ya Rasulullah...



Malu-Merupakan akhlak para Nabi Allah & Mala'ikat

عَنْ أَِبي مَسْعُوْدٍ عُقْبَةَ بِنْ عَمْرٍو الأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ الله
صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم : (( إِنَّ مِمَّا أَدْرَكَ النَّاسُ مِنْ آَلاَمِ النُّبُوَّةِ الأُوْلَى: إِذَا لَمْ تَسْتَحِ فَاصْنَعْ مَ ا
شِئْتَ )) رواه البخاري.

Daripada Abu Mas'uud 'Uqbah ibn 'Amru al-Ansarie al-Badrie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW
telah bersabda:

Sesungguhnya antara kata-kata ungkapan Kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik oleh
manusia ialah: Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari.


Malu adalah salah satu sifat utama seorang mukmin kerana ia adalah sebahagian dari lman. Malu tidak
menghasilkan sesuatu kecuali kebaikan. la menjadi perisai daripada melakukan banyak perkara jahat.
Sejarah membuktikan bahawa nafsu manusia tidak terbatas dan tidak pernah puas. Hanya dengan sifat
malu, mereka mampu membendung dan menjurusnya ke arah kemuliaan.
Malu sejati ialah malu yang didorong oleh perasaan lman kepada Allah.
Malu melakukan kebaikan adalah malu yang tercela dan dilarang seperti malu menutup aurat, malu
mengerjakan ketaatan kepada Allah atau malu bertanya perkara yang tidak diketahui.

SAYANGILAH ALLAH SWT LEBIH DARI SEGALANYA

عَنْ أَبِي الْعَبَّاسِ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ الله عَنْهُمَا قَالَ: آُنْتُ خَلْفَ النَّبِيِّ صَلَّى الله عَلَيْ هِ
وَسَلَّمَ یَوْمًا فَقَالَ: (( یَا غُلاَم! إِنِّي أُعَلِّمُكَ آَلِمَاتٍ: اِحْفَظِ الله یَحْفَظْكَ، اِحْفَظِ الله تَجِدْهُ تُجَاهَكَ،
إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ الله، وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِالله، وَاعْلَمْ أَنَّ الأُمَّةَ لَوِ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ یَنْفَعُوْ كَ
بِشَيْءٍ لَمْ یَنْفَعُوْكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ آَتَبَهُ الله لَكَ، وَإِنِ اجْتَمَعُوْا عَلَى أَنْ یَضُرُّوْكَ بِشَيْءٍ لَ مْ
یَضُرُّوْكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ آَتَبَهُ الله عَلَيْكَ، رُفِعَتِ الأَقْلاَمُ وَجَفَّتِ الصُّحُفُ )) رواه الترمذي وقال
حدیث حسن صحيح، وفي روایة غير الترمذي (( اِحْفَظِ الله تَجِدْهُ أَمَامَكَ، تَعَرَّفْ إِلَى اللهِ فِي
الرَّخَاءِ یَعْرِفْكَ فِي الشِّدَةِ، وَاعْلَمْ أَنَّ مَا أَخْطَأَكَ لَمْ یَكُنْ لِيُصِيْبَكَ، وَمَا أَصَابَكَ لَمْ یَكُ نْ
لِيُخْطِئَكَ، وَاعْلَمْ أَنَّ النَّصْرَ مَعَ الصَّبْرَ، وَأَنَّ الفَرَجَ مَعَ الْكَرْبِ، وَأَنَّ مَعَ العُسْرِ یُسْرًا))

Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:

Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: Wahai
anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah
akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau
meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan
dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat
kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang
memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu
dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu
perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaranlembaran
telah kering (dakwatnya).

Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan Sohih.
Dalam riwayat selain al-Tirmizi, hadis berbunyi:

Peliharalah Allah, nescaya engkau akan dapatiNya di hadapan engkau. Kenalilah Allah ketika senang,
nescaya Dia akan mengenalimu di ketika susah. Ketahuilah bahawa apa-apa yang (ditakdirkan) tidak
menimpamu, ia tidak akan menimpamu. Dan apa-apa yang menimpamu bukannya ia tersilap
menimpamu. Ketahuilah bahawa kemenangan itu ada bersama kesabaran, terlepas dari kesempitan itu
ada bersama kesusahan dan bersama kesusahan itu ada kesenangan.

DUNIA YANG SEMENTARA

UNTUK SIAPAKAH CINTA INI...

Kita mudah tertarik kepada keindahan, jatuh hati kepada ketampanan namun berapa ramai yang sedar akan pencipta keindahan itu?
Sedangkan dialah zat yang maha indah "sesungguhnya Allah itu indahdan mencintai keindahan" Hadith riwayat muslim.

Kita mudah tertarik kepada kekayaan ,jatuh hati kepada kemampuan kewangan namun berapa ramai yang sedar  bahawa segala-galanya hanya pinjaman dari yang maha esa ?
Sedangkan dialah zat yang maha kaya dan jika kamu ingkar Allah lah semua yang ada diangit dan di bumi An-Nisa 170.

Kita mudah terpikat pada kehebatan insan , jatuh hati kepada kedudukan dengan kehormatan namun berapa ramai yang sedar tentang kehebatan dan keagungan Allah?
Sedangkan Dialah zat yang maha agung lagi maha tinggi Dia menentukan rahmat kepada sesiapa yang dikehendakinya dan Allah pemilik kurnia yang agung Ali -Imran 74

Kita mudah tertarik dengan orang yang mengambil berat terhadap diri kita, jatuh hati pada mereka yang memberikan perhatian terhadap diri kita ini namun berapa ramai yang sedar akan Allah yang sentiasa mengambil berat terhadap diri kita ?
Sedangkan dialah zat yang maha memberi petunjuk dan dialah yang mengawasi kita sejak kita dilahirkan hinggalah kita ke liang lahad kelak.
Sucikan dengan nama tuhanmu yang maha tinggi yang menciptakan lalu membuatnya sempurna yang menentukan kadar lalu memberinya petujuk Al-Ala 1-3

Kita mudah tertarik dengan insan yang suka memberi, jatuh hati pada insan yang pemurah namun berapa ramai yang sedar akan dia yang maha pemberi?
Sedangkan tiada yang lain lagi yang mampu memberikan nikmatnya melainkannya kepada setiap golongan ini dan golongan itu, kami bantu dengan pemberian Tuhanmu itu dihalangi Al-Isra 34