teguran hakikatnya membina diri kita. kasar atau lembut sesuatu teguran itu, kita perlu ambil secara positif dan baik. jangan kita utamakan keegoan dan nafsu kita semata-mata. biasanya kita menyangka bahawa apabila kita mendengar atau menerima teguran daripada seseorang, maka kita akan merasakan diri kita lemah. sebernarnya melapangkan dada mendengar teguran adalah petunjuk kepada ketinggian harga diri seseorang.
Rasulullah pernah bersabda paa suatu hari, ridaknya ditarik dengan kasar oleh seorang Arab sehingga merah lehernya. Orang Arab itu meminta hutang sedangkan tarikh kutipan hutang belum tiba. Sayidina Umar al-Khattab yang ketika itu berada disisi Rasulullah, lantas menghunuskan pedang dan memarahi lelaki itu yang berkasar terhadap Rasulullah.
Rasulullah bersabda: "Wahai Umar sepatutnya engkau menegur dia supaya aku membayar hutangnya dengan cara yang baik" tidak cukup dengan itu Rsulullah menambah bayaran hutangnya kepada lelaki Arab tersebut. Sabda Baginda "ini untuk kekasaran Umar tadi" Lihat, bagaimana Rasulullah menerima teguran walaupun dia bukan berada dipihak yang silap.
Kemudian ketika zaman Saiyidina Umar menjadi khalifah, terdapat seorang peminum arak yang menegur kesilapannya, lalu dia menerima teguran itu. Orang yang melihat Sayidina Umar bersikap sedemikian berasa pelik lalu bertanya. "wahai Amirul Mukminin, kenapa kamu terima teguranya sedangkan dia seorang peminum arak?' Sayidina Umar berkata, "Ya dia berdosa kerana meminum arak, tetapi teguranya terhadap aku adalah benar". Ketika Sayidina Umar diangkat menjadi khalifah dia telah meminta rakyatnya untuk menegurnya dan meluruskannya jika dia tersilap. Ketika itu juga, salah seorang rakyatnya menghunuskan pedang dan dan mengacung senjata itu kelangit sambil berkata "wahai Umar aku akn luruskan engkau dengan ini " Sayidina Umar tidak memarahinya malah berterima kasih kepadanya.
Lihat manusia agung seperti Rasulullah sanggup mendengar teguran walaupun kasar, dan tidak benar. Lelaki gagah dan perkasa seperti Sayidina Umar juga menerima pelbagai teguran walaupun dari peminum arak.
Kita ini siapa yang hendak memarahi teguran kan?
Seorang ulama berkata, " Dan dengarlah teguran walaupun datangnya daripada musuh kamu sendiri"
Melapangkan dada mendengar teguran merupakan perkara yang mahal untuk seseorang manusia. Teguran juga hakikatnya menandakan pemberi teguran itu sayang kepada kita. Apabila hati kita lapang menerima teguran maka hati kita kan menjadi senang.
Manusia yang boleh mendengar teguran biasanya manusia yang disenangi oleh masyarakat. Manusia yang mendengar teguran ini biasanya manusia yang berilmu dan sabar. Apabila teguran tiba ia diibaratkan seperti pertukaran pendapat dan ubat kepada hati kita. ia juga akan membuatkan pemikiran kita terbuka luas. Malah teguran ini membuatkan kita mempunyai keluarga yang luas yang sayang kepada kita dan mengambil berat kepada kita...
jadi sama sama kita buang ego dalam diri kita bersama dengan menerima teguran maka kita akan bahagia setiap masa...INSYAALLAH...