UNTUK SIAPAKAH CINTA INI...

Kita mudah tertarik kepada keindahan, jatuh hati kepada ketampanan namun berapa ramai yang sedar akan pencipta keindahan itu?
Sedangkan dialah zat yang maha indah "sesungguhnya Allah itu indahdan mencintai keindahan" Hadith riwayat muslim.

Kita mudah tertarik kepada kekayaan ,jatuh hati kepada kemampuan kewangan namun berapa ramai yang sedar  bahawa segala-galanya hanya pinjaman dari yang maha esa ?
Sedangkan dialah zat yang maha kaya dan jika kamu ingkar Allah lah semua yang ada diangit dan di bumi An-Nisa 170.

Kita mudah terpikat pada kehebatan insan , jatuh hati kepada kedudukan dengan kehormatan namun berapa ramai yang sedar tentang kehebatan dan keagungan Allah?
Sedangkan Dialah zat yang maha agung lagi maha tinggi Dia menentukan rahmat kepada sesiapa yang dikehendakinya dan Allah pemilik kurnia yang agung Ali -Imran 74

Kita mudah tertarik dengan orang yang mengambil berat terhadap diri kita, jatuh hati pada mereka yang memberikan perhatian terhadap diri kita ini namun berapa ramai yang sedar akan Allah yang sentiasa mengambil berat terhadap diri kita ?
Sedangkan dialah zat yang maha memberi petunjuk dan dialah yang mengawasi kita sejak kita dilahirkan hinggalah kita ke liang lahad kelak.
Sucikan dengan nama tuhanmu yang maha tinggi yang menciptakan lalu membuatnya sempurna yang menentukan kadar lalu memberinya petujuk Al-Ala 1-3

Kita mudah tertarik dengan insan yang suka memberi, jatuh hati pada insan yang pemurah namun berapa ramai yang sedar akan dia yang maha pemberi?
Sedangkan tiada yang lain lagi yang mampu memberikan nikmatnya melainkannya kepada setiap golongan ini dan golongan itu, kami bantu dengan pemberian Tuhanmu itu dihalangi Al-Isra 34