Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "(Mereka berdoa), "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu,sesungguhnya Engkau Maha Pemberi".-(Ali 'Imran:8)
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Tidak sempurna iman seseorang itu, sehinggalah dia mengasihi saudaranya, seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri.”-(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ya Allah..
tetapkanlah hatiku untuk terus berada dalam perjuangan-Mu ini..
Berilah kekuatan kepadaku untuk meniti hari-hari dan ujian-ujian yang mendatang,
Jauhilah daku daripada sifat yang malas,
Engkau cabutlah sifat malas dari dalam diriku,
Jauhilah daku daripada sifak riak yang mampu menghapuskan pahala amalanku pada-Mu,
Aku hamba-Mu yang hina Ya Allah...
Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah-Mu
Bersatu untuk memikul beban dakwah-Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..akan jalannya yang sebenar..
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat dan pengetahuan sebenar tentang-Mu
Ya Allah,
Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dalam perjuangan agama-Mu..
Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong Ya Allah..
Perkenankanlah permintaan ini, Ya Allah Ya Mujib..
................................................................................
Ya Allah, sesungguhnya kami letakkan Engkau di batang leher musuh-musuh kami
kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan mereka
Ya Allah hancur leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka, kacau bilaukan persatuan mereka
cerai-beraikan pakatan mereka, goncangkan pendirian mereka
Hantarkan Ya Allah anjing-anjing ke atas mereka..
Ya Qahhar (wahai Tuhan Yang Maha Menundukkan)
Ya Jabbar (wahai Tuhan Yang Maha Kuat)
Ya Muntaqim (wahai Tuhan yang Maha Menghukum)
Ya Allah Ya Allah Ya Allah
Wahai Tuhan menggerakkan awan
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera Ahzab
Kalahkan musuh-musuh kami yang telau Engkau laknat Ya Allah
menangkan kami, menangkan agama-Mu ke atas mereka..
Amin ya rabbal A'alamin.
