hayatilah pengorbanan ibu kita






Assalamualaikum,

          Seseorang insan yang lahir di dunia adalah kerana adanya insan yang bergelar ibu. Namun adakah kita benar-benar mencintai ibu kita, seperti ibu kita mencintai diri kita,sudahkah kita benar-benar mengambil berat terhadap ibu kita seperti ibu kita menjaga kita sejak lahir hingga dewasa, sudahkah kita penuhi hajat seorang ibu yang mahukan anak-anaknya berjaya kerana sejak kita lahir ibu kita telah banyak  memenuhi hajat-hajat kita, adakah kita lupa kita telah banyak meminta " ibu adik nak makan, ibu adik nak tidur,ibu adik sakit, ibu adik nak main, banyak kan kita hanya meminta dan ibu kita tidak pernah jemu untuk penuhi hajat kita. Jadi pengorbanan dan jasa ibu kita tidak akan dapat kita balas selamanya.
       Tidak perlu kita berikan segunung emas kepada ibu kita kerana bukan itu yang ibu kita mahukan, ibu kita hanya mahukan kita bahagia,kita tidak menjadi susah sepertinya, dan jangan kita lupa tanpa ibu kita siapalah diri kita di dunia ini. Jaganlah berbangga dengan apa yang kita miliki kerana sesungguhnya tanpa doa dari ibu kita diri kita tidak akan kemana kerana doa seorang ibu doa yang paling berkat disisi ALLAH SWT. Janganlah sesekali kita membuatkan ibu kita menangis dengan perlakuan dan sikap kita yang biadap dan biarlah air mata ibu kita mengalir kerana kejayaan kita dan kasih sayang kita terhadap dirinya.
        Sementara ibu kita masih ada peluklah,ciumlah pipinya, dakaplah dirinya jangan biarkan peluang untuk bersama dengan dirinya diabaikan. Sentiasalah kita menjaga ibu kita seperti ibu kita menjaga diri kita, sayangilah ibu kita seperti ibu kita menyayangi diri kita. Sesungguhnya jika kita tidak mendapat redha daripada ibu kita ALLAH SWT juga tidak akan redha kepada kita, sesunguhnya kasih ibu membawa ke syurga dan kasih bapa kekal selamanya.Sama-samalah kita nilai diri kita, marilah kita sama-sama ambil peluang yang singkat ini untuk bersama ibu kita dan janganlah kita hanya ingat ibu kita bila tiba sambutan hari ibu sahaja baru kita nak cium, nak bagi hadiah dan nak peluk ibu kita cuba kita ubah dan bayangkan kita menyambut hari ibu tiap-tiap hari pasti ibu kita gembira betul tak marilah sama-sama kita beramal......

hayatilah kisah yang menyentuh tentang kasih sayang ibu terhadap anaknya.....sama kita hayati....


“Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.

Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.


Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu…

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk dan memujuk. Ayah
kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu…

“Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan, ” kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa
rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

“Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali. “Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu
masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.” “Bila?” tanya si anak.

“Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya
mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.”

P/s : Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui.

Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah “SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU”, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya
ada,curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya..


Kisah : ratapan seorang ibu tua


JOHOR BAHRU: Sekeras-keras batu, keras lagi hati seorang anak lelaki yang tergamak memecut kereta meninggalkan ibunya.

Lebih memilukan, dia tergamak membiarkan wanita tua itu berlari mengejarnya kira-kira 20 meter kerana mahu mengikut si anak pulang menyambut Aidilfitri di rumah.

Namun, apalah kudrat seorang wanita berusia 70-an, apatah lagi terpaksa menggendong bungkusan baju dalam kain batik, untuk mengejar kereta anaknya berusia 40-an yang semakin jauh meninggalkannya.

Ia bukan babak menyayat hati dalam drama televisyen, tetapi realiti hidup ditempuhi seorang penghuni rumah jagaan warga emas dan psikatri di Jalan Denai 1, Kempas di sini, yang begitu mengharapkan untuk pulang menyambut hari raya bersama anak dan cucunya di Masai, dekat sini.

Kisah sedih pada pertengahan Ramadan itu diceritakan Pengasas Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor, Norijah Bidin kepada wartawan Harian Metro.

Menurut Norijah, beliau masih mengingati detik cukup menyentuh perasaan itu, apatah lagi kakitangan rumah jagaan berkenaan terpaksa memujuk warga emas uzur terbabit supaya bersabar dan wanita tua itu hanya mampu menangis mengenangkan nasibnya ditinggalkan anak sendiri.

Katanya, kejadian bermula apabila lelaki berkenaan datang menziarahi ibunya di rumah penjagaan itu bagi memaklumkan dia tidak dapat dibawa pulang pada hari raya kali ini kerana tiada sesiapa menjaganya.

“Kami menyangka dia ingin membawa ibunya pulang bagi menyambut Aidilfitri kerana sudah dua tahun wanita berkenaan beraya di sini,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya, terlalu seronok dengan kunjungan anak lelakinya, wanita tua terbabit terus menyalin pakaian dan bersiap untuk mengikut pulang ke rumah keluarganya di Masai.

“Kami melihat wanita itu bersungguh-sungguh membungkus pakaiannya ke dalam kain batik kerana mahu pulang ke rumah anaknya,” katanya.

Menurut Norijah, tanpa disangka-sangka, ketika si ibu sedang sibuk berkemas, lelaki berkenaan beredar dari situ secara senyap-senyap tanpa memaklumkan sesiapa.

“Menyedari anak lelakinya mahu beredar, wanita itu panik dan mengejar kereta anaknya yang mula meninggalkan kawasan rumah kebajikan.

“Wanita tua itu berlari kira-kira 20 meter untuk mengejar kereta berkenaan, tetapi anaknya tetap meninggalkannya.

“Si ibu yang terkilan dengan perbuatan anaknya bukan saja mengalami masalah kesihatan, malah kemurungan selama beberapa hari kerana hampa tidak dapat pulang beraya di rumah,” katanya.

Norijah yang bertugas sebagai jururawat di Hospital Permai di sini, berkata daripada 11 warga emas yang mendapatkan perlindungan di pusat jagaan berkenaan, segelintir masih mempunyai ahli keluarga termasuk anak.

Menurutnya, lebih mengecewakan, waris warga emas berkenaan yang juga bekas pesakit psikiatri tidak datang menjenguk mereka menjelang 1 Syawal yang bakal tiba.

“Ia mengakibatkan warga emas itu menyambut Aidilfitri bersama penghuni lain di pusat jagaan ini walaupun mereka merindui suasana beraya dengan keluarga di kampung.

“Sempena Aidilfitri kali ini, kami amat berharap jika anak warga emas mahupun waris penghuni di sini, datanglah berkunjung bagi menggembirakan mereka. Kalau bukan selalu, setahun sekalipun cukuplah,” katanya.

benar kata orang, kasih ayah mencari rezeki. Kasih saudara hanya ketika berada dan kasih ibu membawa ke syurga. Tapi, kasih anak.. Tak siapa yang tahu..



SABDA RASULULLAH SAW:


"SESUNGGUHNYA SYURGA ITU TERLETAK DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU"

FIRMAN ALLAH SWT:AL ISRAA":23

"DAN TUHANMU TELAH PERINTAHKAN, SUPAYA ENGKAU TIDAK MENYEMBAH MELAINKAN KEPADA-NYA SEMATA-MATA, DAN HENDAKLAH ENGKAU BERBUAT BAIK KEPADA IBU BAPA. JIKA SALAH SEORANG DARI KEDUANYA, ATAU KEDUA-DUANYA SEKALI, SAMPAI KEPADA UMUR TUA DALAM JAGAAN DAN PELIHARAANMU, MAKA JANGANLAH ENGKAU BERKATA KEPADA MEREKA (SEBARANG PERKATAAN KASAR) SEKALIPUN PERKATAAN "UF", DAN JANGANLAH ENGKAU MENENGKING,MENYERGAH, TETAPI KATAKANLAH KEPADA MEREKA,PERKATAAN YANG MULIA (YANG BERSOPAN SANTUN) 

FIRMAN ALLAH SWT: LUQMAN:14

"DAN KAMI PERINTAHKAN KEPADA MANUSIA (AGAR BERBUAT BAIK) KEPADA KEDUA-DUA ORANG TUANYA. IBUNYA TELAH MENGANDUNGKANNYA DALAM KEADAAN YANG LEMAH YANG BERTAMBAH-TAMBAH, DAN MENYUSUKANNYA DALAM MASA DUA TAHUN .BERSYUKURLAH KEPADA-KU DAN KEPADA KEDUA-DUA ORANG TUAMU. HANYA KEPADA AKU TEMPAT KEMBALINYA KAMU"